Saturday, April 25, 2009

Kawan dan sahabatku di K2, khasnya buat kosmate ku….biologist..

Kawanku,
akhirnya smpai sudah ke episod terakhir kta bersama,
terasa seperti baru semalam sahaja kta melangkah masuk ke menara gading ini,
namun kini,masing-masing menghitung hari untuk kembali ke kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan,
kepulangan kali ini bukanlah dengan tangan yang kosong,
tetapi membawa sekali dengan segulung ijazah yang dinanti-nanti,
juga tergalas satu tanggungjawab baru yang dipikul iaitu,
kembali berkhidmat dan mencurah bakti kepada masyarakat.

Sahabatku,
masihkah kalian ingat,
tatkala mula-mula menjejakkan kaki ke menara gading ini,
ketika itu diri ini masih terkapai-kapai mencari hala tuju yang sebenar,
dan ketika itulah kita mula dipertemukan,
bermula daripada saat itu kita bersama-sama dalam melayari pahit maung seorang insan yang bergelar mahasiswa,
jatuh bangun kita sentiasa seiringan dan sejalan,
suka duka kita sentiasa setia bersama,
senda gurau,gelak ketawa kita menjadi pengubat kerinduan,
dan menjadi perangsang yang berkesan dalam memulihkan motivasi diri,
kita hanya bergerak pada stu tujuan,
iaitu untuk mendapatkan segulung ijazah yang didambakan.
Di bumi UPM inilah satu ikatan ukhwah mula terjalin,
dan di tanah K2 ini jugalah menjadi tempat kita bermain dan bergurau senda,
dan ikatan ini makin erat, seerat kasih sayang yang mula bercambah diantara kita,
tetapi lumrah kehidupan,setiap pertemuan pasti ada perpisahan diakhirnya.

Kawanku,sahabatku..
Disini ak menyusun sepuluh jari kemaafan andainya selama kita bersama ini ada tindak-tandukku yang menyakiti dan mengguris hati kalian,
aku adalah insan yang tidak sempurna,
yang hanya bertindak mengikut naluri dan hanya berpaksikan akal seorang hamba dan manusia biasa,
andainya kita tidak berkesempatan bertemu lagi,
cuma hanya satu ku pinta,
biarlah ikatan ukhwah fillah ini kekal sehingga akhir hayat kita,
dan jika ada kerinduan diantara kita nanti,
ingatlah bahawa kita tetap memandang pada bulan yang sama walau dimana jua kita berada,
memori bersama kalian menjadi kenangan terindah bagiku.

“Ukhwah itu dihati walau bersendirian pasti ia menemani,setiap yang manis mampu dikenangi,walau tak dimata kini kerana selamanya ia kekal di dasar hati.”

“Sayangi sebuah perkenalan kerana terciptanya kemesraan,Kenangi sebuah perhubungan kerana disitu terciptanya kerinduan,Hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Tuhan.”

No comments: