Saturday, April 25, 2009

Kawan dan sahabatku di K2, khasnya buat kosmate ku….biologist..

Kawanku,
akhirnya smpai sudah ke episod terakhir kta bersama,
terasa seperti baru semalam sahaja kta melangkah masuk ke menara gading ini,
namun kini,masing-masing menghitung hari untuk kembali ke kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan,
kepulangan kali ini bukanlah dengan tangan yang kosong,
tetapi membawa sekali dengan segulung ijazah yang dinanti-nanti,
juga tergalas satu tanggungjawab baru yang dipikul iaitu,
kembali berkhidmat dan mencurah bakti kepada masyarakat.

Sahabatku,
masihkah kalian ingat,
tatkala mula-mula menjejakkan kaki ke menara gading ini,
ketika itu diri ini masih terkapai-kapai mencari hala tuju yang sebenar,
dan ketika itulah kita mula dipertemukan,
bermula daripada saat itu kita bersama-sama dalam melayari pahit maung seorang insan yang bergelar mahasiswa,
jatuh bangun kita sentiasa seiringan dan sejalan,
suka duka kita sentiasa setia bersama,
senda gurau,gelak ketawa kita menjadi pengubat kerinduan,
dan menjadi perangsang yang berkesan dalam memulihkan motivasi diri,
kita hanya bergerak pada stu tujuan,
iaitu untuk mendapatkan segulung ijazah yang didambakan.
Di bumi UPM inilah satu ikatan ukhwah mula terjalin,
dan di tanah K2 ini jugalah menjadi tempat kita bermain dan bergurau senda,
dan ikatan ini makin erat, seerat kasih sayang yang mula bercambah diantara kita,
tetapi lumrah kehidupan,setiap pertemuan pasti ada perpisahan diakhirnya.

Kawanku,sahabatku..
Disini ak menyusun sepuluh jari kemaafan andainya selama kita bersama ini ada tindak-tandukku yang menyakiti dan mengguris hati kalian,
aku adalah insan yang tidak sempurna,
yang hanya bertindak mengikut naluri dan hanya berpaksikan akal seorang hamba dan manusia biasa,
andainya kita tidak berkesempatan bertemu lagi,
cuma hanya satu ku pinta,
biarlah ikatan ukhwah fillah ini kekal sehingga akhir hayat kita,
dan jika ada kerinduan diantara kita nanti,
ingatlah bahawa kita tetap memandang pada bulan yang sama walau dimana jua kita berada,
memori bersama kalian menjadi kenangan terindah bagiku.

“Ukhwah itu dihati walau bersendirian pasti ia menemani,setiap yang manis mampu dikenangi,walau tak dimata kini kerana selamanya ia kekal di dasar hati.”

“Sayangi sebuah perkenalan kerana terciptanya kemesraan,Kenangi sebuah perhubungan kerana disitu terciptanya kerinduan,Hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Tuhan.”

Friday, April 17, 2009

Rintihan Hati 15 April 2009

Ya Allah,
kurniakanlah ku ketabahan kala ini,
bagilah ak kekuatan dalam meneruskan hari-hariku yang mendatang,
sesungguhnya, ak tidak mahu kehilangannya,
ak tidak mahu peristiwa yang sama berulang kembali,
takkan ku mampu untuk mendengar dan bertahan dengan berita kehilangan
buat kali kedua pada tahun ini sekali gus,
CUKUPLAH HANYA SEKALI.

Memori-memori bersamamu masih segar lagi bermain diruang mataku,
Tingkah-lakumu membuatkan ak sentiasa bersyukur dengan kehadiranmu,
Namun kini,segala-galanya hilang ditelan pekat malam,
gelak tawamu hilang disebalik kebisuan yang datang tanpa diundang,
tiada lagi mainan teka-teki bersama anak-anak saudara dan ipar duai,
tiada lagi cerita-cerita kelakarmu tentang rakan sekerja dan rakan sekampung,
juga tiada lagi bulatan perkongsian cerita adik-beradik di malam hari,
yang tinggal kini,hanya kesepian dan kebisuan yang mencengkam jiwa.

Matamu yang redup,
menggambarkan bebanan yang Maha berat kau tanggung kini,
seperti mengandungi epik-epik cerita yang hanya kau sahaja yang mengerti,
tanpa ada seorang daripada kami pun yang memahaminya,
Adakah mungkin juga kerana kesepian yang kau tanggung selama ini,
diikuti dengan kehilangan mengejut orang yang tersayang,
kami tidak tahu.

Ceritalah denganku apa yang telah mengusutkan kepalamu,
kongsilah bersamaku apa yang menyesakkan dadamu,
juga beritahulah aku apa yang telah meragut kegembiraanmu kini,
luahkanlah segala yang terbuku dihatimu,
menjeritlah semahumu jika itu dapat melepaskan segala keluh kesahmu,
menangislah jika itu mampu membuatkan jiwamu kembali tenteram.

Melihatkan keadaanmu begini,
membuatkan aku,kami dan semua berasa hiba dan pilu,
hanya Tuhan sahaja yang tahu rintihan hati ini,
kantung air mata yang ditahan,
kini sudah tidak dapat dibendung lagi,
rembesan air mata berlumba-lumba mencurah keluar,
bagaikan empangan yang pecah akibat tekanan yang Maha kuat,
juga boleh diibaratkan seperti hujan lebat menggila membasahi bumi
yang kering kontang akibat kemarau yang panjang,

Ditikar sembahyang jugalah tangisku akhirnya kering sendiri,
doaku tak pernah putus, ku panjatkan untukmu siang dan malam,
Tika ini juga ak terasa ingin menatap kembali mata redupmu itu,
inginku selimut mu dengan semua kasih sayangku,
kau ibarat seorang abang dan ayah bagiku,
kesakitan mu adalah keperitan bagiku jua.

Namun,jauh disudut hati ini,masih tersimpan kukuh sebuah harapan
untuk mendengar kembali suara ceriamu,gelak tawamu dan usik-usikanmu,
aku takkan menyerah dengan takdir sewenangnya tanpa ada usaha yang dilakukan,
biarlah segala keringatku ku kerah,
semoga takku menyesal dikemudian hari,
apa yang ak pasti,tujuan ku hanya satu,
Aku mahu melihat kau sembuh dan pulih seperti sedia kala.
YA ITU AK MEMANG PASTI..INSYAALLAH.