Thursday, April 7, 2011

....Lambaian Kedamaian Baitullah...

Assalamualaikum...

sudah lama benar ak tidak menjenguk ke blog ini....slalunya blog ni digunakan sbg nukilan utk meluahkan isi hati yg terpendam..mlm ni ak terasa nk berkongsi suatu perasaan yg xpernah ak alami sblum ini..ia berkisar perasaan rindu pd BaitullahNya...

terasa heningnya mlm ini..
angin mlm diluar meniup ke segenap ruang bilik..
kepala mendongak ke langit ada sinar kemilau kerdipan cahaya bintang di atas sana..
perasaan terbuai dgn kedinginan mlm ini, namun begitu, ada suatu perasaan yg bergolak di hati ini..
ia seperti kehilangan sesuatu yang amat dirindui..
suatu perasaan rindu yg amat sgt...

mata dipejamkan, terasa bagaikan masih berada di sana di tempat itu..
masih segar ingatan ini ketika kaki mula menjejakkan kaki di Baitullah itu..
suatu kedamaian dan ketenangan jiwa yg tidak pernah dialami sebelum ini meresap ke lubuk hati..
apabila terpandang tanda kebesaranNya, Kaabah, tiada kata yg dpt diungkapkan hanya memuji kebesaran Ilahi..Subhanallah...Allahuakbar..


air mata terharu penuh kesyukuran mula bercucuran bak air yg bah..
tiada kata yg boleh diungkapkan ketika itu,mulut bagaikan telah tekunci..
terasa begitu kerdil diri ini di sisi Tuhan Yang Maha Besar..
ketika itu hanya setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa..
kaki melangkah sambil hati bertasbih dan bertauhid kepadaNya..

butir2 ayat bertasbih mengiringi setiap pusingan tawaf..


kicauan burung2 itu menyambut kedatangan..
alunan suara merdu bacaan ayat2 suci Al-Qurannya sungguh meruntun jiwa..
rintihan setiap makhluk di segenap ruang itu mencambahkan lg keinsafan di hati..

rembesan air mata penyesalan menjadi peneman hamba2nya setiap masa..
perasaan tawaduk setiap hamba2nya menjalani ibadah2 seperti tawaf & saie membekas di sanubari..

masing2 dtg dr segenap pelusuk negeri di atas muka bumi ini..
cuma apa yg pasti tujuan nya adalah satu iaitu ingin merebut keredhaan & rahmat dari Nya..
segala-galanya termasuk jasad & roh hanya ingin beribadat kepadaNya..tiada lain!
setiap masa yg ada digunakan sehabis mungkin utk mengenal & mendekatkan diri kepada PenciptaNya..

di sinilah baru mengenal erti pengorbanan Nabi-nabi dan Rasul junjungan..

"Ya Allah, janganlah jadikan masaku ini masa terakhirku dengan BaitullahMu, Kau murahkanlah rezeki kami semoga dpt kembali ke rumah Mu..dan jika ini adalah masa terakhir bagiku, maka gantilah syurga untukku dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segenap yang pengasih.."